Surat Kepada Menteri Dalam Negeri












SURAT KEPADA MENTERI DALAM NEGERI

Kepada,

YB Dato’ Hishamuddin bin Hussein

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia,

Blok D2, Parcel D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62546 Putrajaya..

Tel : 03 8886 3000

Fax : 03 8889 1613 / 8889 1610

Yang Berhormat,

PER: MEMBANTAH PENAHANAN TERKINI OLEH KERAJAAN DI BAWAH ISA DAN MENUNTUT AGAR TAHANAN DIBERIKAN RUANG UNTUK MENDAPAT BANTUAN GUAMAN

Kami dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengutuk penahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam keadaan di mana kerajaan bercadang meminda Akta tersebut. GMI mengecam penahanan terbaru tersebut. Penggunaan ISA melanggar prinsip asas hak asasi manusia, keadilan dan piawaian antarabangsa berhubung hak asasi.

2. Dengan ini kami menuntut kepada pihak polis agar pihak polis dan kerajaan membenarkan ahli keluarga menemui tahanan. Selain itu, kami juga menuntut agar tahanan diberikan hak guaman. Peguam mesti dibenarkan bertemu dengan tahanan.

3. Menuntut pengesahan polis tentang nama-nama tahanan dan tentang keadaan keselamatan dan kesejahteraan mereka. Kami juga menuntut mereka dibicarakan dengan mengemukakan bukti atau dibebaskan segera. Pelaporan berita berhubung tahanan dengan mengaitkan mereka dengan kegiatan penyeludupan manusia dan jenayah rentas sempadan tanpa bukti haruslah dihentikan. Ini merupakan satu tuduhan dan fitnah besar tanpa tahanan berkenaan berpeluang membela diri.

4. Amatlah memalukan bahawa kerajaan mengamalkan ‘double standards’ dalam isu berhubung ISA. Di satu pihak, rancangan untuk mengkajisemula ISA dan tindakan membebaskan tahanan tetapi di pihak yang lain, penahanan terbaru masih berlaku. Amalan kerahsiaan dan tidak bermaruah yang menyelubungi ISA jelas bercanggah dengan prinsip keadilan, kebenaran dan ketelusan. Ianya sekali lagi menggambarkan citra sebenar ISA yang sangat arbitrari dan tiada kena mengena dengan keselamatan negara. Ia jelas mengesahkan ISA sebagai alat politik. Kami menuntut kerajaan membebaskan semua tahanan dengan segera atau bicarakan mereka.

Mansuh ISA!!!

Bebaskan Semua Tahanan!!!

Tutup KEMTA!!!



Syed Ibrahim Syed Noh Nalini Elumalai

Pengerusi GMI Setiausaha GMI dan Penyelaras SUARAM

CC:

1. Ketua Polis Negara,

Tan Sri Ismail Omar

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,

50560 Bukit Aman,

Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603-2262 6015

Fax: +603-2272 5613

2. Tan Sri Hasmy Agam,

Pengerusi,

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM),

11th Floor, Menara TH Perdana,
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: 03 2612 5600 / Fax: 03 2612 5620
E-mail: humanrights@suhakam.org.my

Categories:

0 comments:

Post a Comment